“Tak! Tak mungkin! Kau tipu aku kan? Tak mungkin. Tak mungkin!” Biar betul Afiq ni! Takkan lah...
“Betul Rish. Aku nampak dengan mata aku sendiri yang dia dengan Marlia dating kat KFC. Siap suap-menyuap lagi. Dah la Marlia pakai baju seksi nak mampus! Iman aku pun boleh tergugat.” Afiq ketawa kecil. Seksi? Minah ni kan, lekat jugak lima jari aku di pipi dia nanti!
“Ish, betul ke ni Afiq? Entah-entah kau silap orang apa? Kau jangan main-main dengan perasaan aku. Kalau silap orang, aku akan lenyek kau sampai lumat!”
“Uish! Sebab aku tak nak kena lenyek ngan kau la aku jenguk sampai ke dalam. Aku yakin sangat. Lagi pun, buat apa la aku nak tipu kau. Tak ada faedahnya...”
Hmm... Betul jugak. Kalau dia tipu, dah sah dia nak rasa penumbuk aku. Nasib baik aku tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri. Boleh la ugut orang sikit. Hehehe...
“Hmm, yelah. Terima kasih bebanyak la di atas bantuan kau. Nanti aku belanja kau makan satay. Bye!” Aku mendongakkan kepala ku dan memandang ke arah jam purple ku yang cute miut tergantung di dinding office. Hmm... Baru pukul 2.30 petang. Aku nak buat apa? Semua kerja dah siap. Meeting pun tak ada... So..., pergi serbu lah! Apa lagi!
“Ow! Jadi ni ye kerja awak? Mentang-mentang lah saya gitau yang saya keluar office lewat, awak nak curang di belakang saya ya? Sampai hati awak!” Tanpa berfikir panjang, aku terus menyambar air pepsi dan menyiram ‘pokok’ yang dah hampir layu kena tengking dengan aku. Padan muka kau! Sebelum dia membuka mulut, aku terus menampar pipi Marlia! Lekat jugak cop lima jari kat muka kau! Baru puas hati aku!
“Hei! Yang kau tampar aku kenapa? Aku cuma temankan dia aje. Kau nak siram dia ke, belasah dia ke, aku tak halang. Sebab dia yang ajak aku keluar. Tapi.., " Pangg! Sekali lagi jari jemari ku dicop di muka dia. Bising betul lah!
"Awak dengar sini eh Azman, saya dah tak boleh bersabar dah dengan sikap awak ni! Awak dah melampau tau tak! Awak selalu berkepit dengan semua betina di dunia ni! Dulu awak dengan ringan mulut melafazkan janji-janji manis untuk membahagiakan saya, tapi sekarang baru saya tau, kalau dah buaya, tetap buaya!” Aku segera keluar sambil diiringi dengan tangisan air mata. Malu betul aku ada boyfriend playboy macam dia! Dan malu juga aku sebab ramai mata tertumpu ke arah kami tadi. Tu la, nak menyerbu sangat! Ingat tak ada orang ke? Padan muka aku!********************************************************************************
Aku memandang jam tangan aku untuk kali keberapa pun aku tak tahu. Mana Lily ni? Kata lagi 10 minit nak sampai. Ni dah nak dekat 20 minit dah ni. Hish! Apalah malang nasib aku. Sejak aku putus dengan mamat playboy dua hari lepas, kereta aku pulak buat hal! Sabar je la Aina Batrisya! Setiap kesabaran ada ganjaran, setiap perbuatan ada balasan... Cewah, sempat lagi aku berceramah sorang-sorang. Tiba-tiba, kereta Produa Viva berwarna putih berhenti tepat dihadapanku. Dengan muka yang masam dan tak malu, aku terus masuk ke dalam kereta Lily tanpa dijemput.
"Kau ke mana ah? Aku tunggu lama tau. Kata 10 minit, ni aku tunggu setengah jam tau tak?" Geram betul aku tengok muka dia yang asyik tersengeh tu. Tak kesian ke kat aku?
"Ala... Aku kena hantar mak aku pegi rumah kawan dia dulu. Mak aku kata, kawan dia nak adakan majlis hari lahir anak lelaki sulung dia. Tu yang mak aku nak pergi tolong tu. Oh ya, kau dijemput tau. Kalau tak silap aku, hari Sabtu ni. Kau free kan?" Aku memandang ke arah Lily yang sedang memandu dengan kelajuan sederhana.
"Tak nak lah aku! Lagi pun, party tu party birthday untuk anak lelaki dia, bukan anak perempuan!"
"Kenapa pulak? Kalau tak silap aku, kau lah orang pertama yang akan kata 'Yes!' bila ada event-event yang nak diadakan. Ni, tak nak pulak. Siap memilih lagi tu!"
"Ish kau ni, kan aku dah berikrar yang aku takkan dekatkan diri aku dengan lelaki. Event ke, appointment ke, aku tak nak! Fullstop! Dah... Dah... Kau pandu je kereta. Kita sampai lewat nanti, jaga kau!" Malas betul aku bila lawan pot pet ngan Lily ni. Hilang terus mood kerja aku.
"Orait boss!" Tengok tu, tersengeh lagi.
********************************************************************************
Seperti biasa, bila aku masuk ke dalam bilik di office, pasti akan ada fail-fail yang perlu aku check. Ni yang malas ni. Laporan mengenai stok, jualan, tempahan dan macam-macam lagi lah! Dulu aku ingatkan senang saja nak usahakan syarikat minyak wangi. Rupa-rupanya, payah lagi daripada menguruskan kedai runcit Opah aku di kampung. Apa ingat jaga kedai runcit Opah senang ke? Ramai tau orang kampung pergi beli barang di sana. Tak silap hari bulan, boleh besar rumah Opah aku di kampung tu. Cakap pasal kampung, aku teringatkan kenangan ketika aku kecil dulu. Kenangan yang tak boleh aku lupakan adalah ketika aku nak panjat sebatang pokok yang aku sendiri tak tahu namanya. Aku panjat tinggi mengalahkan budak lelaki. Irdina asyik menyuruh aku untuk turun tapi mana boleh! Layang-layang aku tinggi lagi tu. Kena ambik jugak sebab Mama yang tolong buatkan. Entah macam mana, aku tergelincir dan terjatuh ke tanah. Mujurlah tak patah mana-mana anggota tubuhku. Cuma luka sedikit saja. Yang aku hairan, boleh pulak Irdina menangis macam budak yang tak dapat gula-gula. Aku ke dia yang jatuh ni? Kenapa orang yang tak jatuh boleh nangis tapi aku yang jatuh siap luka lagi boleh pulak buat tak hairan... Tapi yang bestnya, sikit pun dia tak tolong aku untuk bangun. Pukul aku lagi ada lah. Dia kata, "Awak ni, kan saya dah suruh turun, kenapa degil sangat?" Aku pun apa lagi, sengeh jelah. Balik saja kami balik rumah, terpaksalah aku dengar ceramah free daripada Opah dan Mama. Risau betul deorang. Kenapa? Kerana Irdina yang memandai mereka cerita. Dia kata aku panjat tinggi sangat sampai mencecah langit. Pastu bila jatuh, aku nangis macam budak kecik dan mengadu yang aku sakit tangan. Wait, wait... Aku ke dia yang nangis macam budak kecik? Ah, tu la sebabnya Opah dengan Mama bagi taklimat kat aku. Dina... Dina... Kau kalau nak kenakan aku memang terror! Aku tabik kau!
"Hoi! Kau okay ke?" Aku hampir melatah pabila Lily dengan tiba-tiba mengejutkan aku. Hampir saja file di tangan aku nak jatuh.
"Yang kau ni tak reti bagi salam ke ah? Masuk pun tak ketuk pintu dulu. Pastu main terjah aku macam tu je. Nasib baik aku tak ada masalah jantung tau! Kalau tak, mesti aku dah jadi arwah!" Geram betul aku dengan budak yang sorang ni. Tak belajar ke cara-cara bertatasusila?
"Amboi... Kau bukan main lagi marah kat aku eh... Kau tu la. Entah cap apa la telinga kau tu, aku ketuk pintu beribu-ribu kali tak menyahut. Orang masuk pun tak perasan. Duk tersengeh sorang-sorang. Nasib baik la aku yang masuk, kalau orang lain? Mesti deorang kata kau gila..." Lily menunjukkan muka tak puas hatinya.
"Yela... Yela... Aku minta maaf... Aku tengah flash back balik kenangan aku kat kampung. Tu yang aku tak dengar tu. Eh, kau masuk dengan fail je? Kot la nak bawakkan aku coffee ke, tea ke..." Aku terus menyambar fail kewangan ditangannya. Belum sempat aku meneruskan omelanku, pintu bilik dikuak dengan tiba-tiba tanpa salam atau ketukan.
"Ni sorang lagi. Tak reti nak bagi salam dulu ke? Ketuk pintu ke? Main terjah je. Nasib baik la yang depan aku ni bukan client. Isk... Isk... Isk..."Aku terus menyerang Laila bila muka dia yang muncul. Dia pun apa lagi, tersengeh la! Kakak dengan adik sama saja... Yela... Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.
"Ala boss. Jangan marah-marah. Saya cuma nak bagi tau something ni. Ada orang nak jumpa dengan boss sekarang jugak! Katanya urgent. Tak boleh tunggu sekejap lagi. Nak panggil dia tak?"Aku mengerutkan dahi. Siapa la yang nak jumpa aku? Urgent sangat ke?
"Hmm, yelah... Panggil dia masuk. Lain kali pakai intercom. Tu pun nak kena aku ajar ke?" Pelik betul budak ni. Dan seperti biasalah, dia akan tersengeh dan menjawab "Saja. Aku suka berjalan."
Aku menggeleng-gelengkan kepala bila dia sudah beredar.
"Aih... Kenapa dengan adik kau tu Lily? Muka cute, bertudung lagi... Nampak matang tapi, perangai macam budak-budak. Macam kau jugak."
"Eh, biasa la. Kami kan kembar. Lagi pun, gerenti sunyi lah office ni kalau dia tak ada tau. Dah la, aku nak keluar dulu."
Setelah pintu bilikku ditutup, ia dibuka kembali. Belum sempat aku membuka mulut dan pandang ke atas, dia sudah memberi salam terlebih dahulu. Aku terpana seketika. Macam pernah nampak la...
wow! cambest ar! sambung lagi ain!
ReplyDeletesabaq sat cik... tengah dok sambung ni... =='
ReplyDelete