Bab 3

Uncle Hafizi, Auntie Markisa dan Eryna tiba di kampung lebih kurang jam 4.30 pagi. Aku tengok Auntie Markisa makin cun sekarang! Mungkin sebab aku dah lama tak jumpa dia. Uncle Fizi dan Daniel pun apa kurangnya. Cuma, tak perlu lah aku mengaku di depan Daniel kan? Nanti bangga pulak dia. Aih, tak sangka ego aku tinggi betul! Malam tu, aku yang kena masak sebab Auntie nak rasa masakan aku. Apa-apa je la Auntie. Saya okey je.

"Emm... Sedapnya masakan Aina. Ni dah boleh jadi isteri orang dah ni, kan bang? Kan bagus kalau Danny cari isteri macam ni nanti. Pandai masak, cantik, berkerjaya pula tu!" Ops, nak tahu sesuatu? Aku tersedak! Nasi yang tengah aku kunyah tadi tersembur! And, muka Daniel yang jadi mangsa! Hah, siapa suruh duduk depan aku! Nasib baik la air dalam gelas aku masih ada. Jadi, habis air dalam gelas tu aku teguk! Nasib baik jug air tak berada dekat dengan aku! Kalau tak, aku hentam air dalam jug tu je la! But, hey! Orang yang masak tak sedap tak boleh jadi isteri orang ke? Habis tu, nak jadi isteri siapa?
"Hah, kan Aina dah tersedak. Siap sembur dekat muka Danny lagi. Mama punya kerja la ni. Kenapa la pergi cakap pasal kawin waktu dia tengah makan. Nanti kot, ramai orang jadi mangsa sembur dia! Hehe..." Daniel mengambil sehelai tissue lalu menyapu mukanya. Aku pun, apa lagi! Tunduk muka la! Pergh! Panas muka aku waktu tu! Rasa macam nak sembelih je Si Kerang Busuk tu! Eh, dia dapat gelaran la! Em, sangat sesuai dengan dia!
"Sudah la tu. Danny ni, Opah hempuk dengan pinggan nanti, baru tau! Usik sangat cucu Opah yang sorang ni. Opah halau semua orang makan di luar nanti, biar Opah makan di sini dengan Aina ja."
"Eh, tak adil la Opah! Dina tak kata apa-apa pun!" Irdina mencebikkan mukanya.
"Hahaha... Maaf la Dina. Opah lupa. Kalau macam tu, Opah makan dengan Dina dan Aina ja di sini. Biar deorang makan di luar. Banyak cakap sungguh."
"Eh, Fizi pun mana ada cakap apa-apa! Takkan kena duduk di luar jugak kot?" Uncle Hafizi pula menyampuk. Aduhai...
"YA ALLAH... Sudah la tu. Aina dah sudah makan dah. Hari ni giliran Dina kemas meja dan basuh pinggan! Aina nak pergi berehat, solat Isyak, lepas tu nak tidur."

********************************************************************************

Telefon bimbitku berbunyi nyaring. Nama Afiq jelas terpanmpang di skrin. Aku memandang ke arah jam loceng. 4 pagi? Nak apa budak ni call aku pagi-pagi buta ni? Tak boleh tunggu petang ni ke?
"Hello, assalamualaikum Afiq! Ada apa kau call aku pagi-pagi ni?"
"Wa'alaikumusalam. Aina, aku ada berita baik and buruk untuk kau. Kau nak dengar mana satu?"
"Mana-mana pun tak apa."
"Okey. Aku bagi tahu berita baik dulu. Berita baiknya adalah..., aku bakal jadi ayah!"
"Really?? Wow, congratulations! Bila pergi check dekat doktor?"
"Thanks! Hm, dua hari lepas. Tapi, aku ada lagi satu berita baik untuk kau!"
"Really? Berita apa? Kau bakal jadi abang ipar eh?"
"Bukan aku la Aina! Tapi, Laila yang bakal dapat abang ipar!" Rafiq ketawa.
"Ah, sama la tu. Eh, wait! Maksud kau, Lily akan kawin? Betul ni??"
"Ye la. Laila mana ada abang atau kakak lain. Lily tu satu-satunya kakak dia. Kakak kembar dia pulak tu" Hah? Sampai hati Lily tak nak bagi tahu dekat aku dulu. Kata best friend!
"Wow, tak sangka eh, tak lama lagi dia akan naik pelamin. Eh, berita buruk pulak?"
"Berita buruknya adalah.., Marlia accident pagi kelmarin."
"Marlia accident? Ya Allah! Macam mana dia boleh accident? Teruk tak keadaan dia?"
"Teruk jugak la. Tangan and kaki kanan dia retak. Macam mana dia boleh accident, aku pun tak tahu. Aku dapat berita ni pun dari isteri aku. Kami pun belum melawat dia lagi. Rasanya petang ni baru pergi melawat dia." YA ALLAH, kesian Marlia. Tiga hari lepas aku serang mereka berdua di KFC, aku dan Marlia dah berbaik. Kami dah sepakat, jangan disebabkan seorang lelaki, kami bermusuhan. Bertahanlah Marlia. Aku akan doakan kau.
"Hm, thanks Afiq sebab kau sudi inform kan dekat aku. Kalau tak, balik KL ni mesti aku macam rusa masuk bandar. Tak tahu apa-apa. So, office macam mana? Semuanya okey?
"Office okey ja. Tak ada seorang pun yang curi tulang. Everything is just fine. Kau dekat sana macam mana? Tak rindu ke dekat kawan-kawan di sini?"
"Rindu la jugak. Tapi, aku nak leraikan dulu rindu aku di sini. Ye la, dah lama kan aku tak balik kampung. Orang cuti, aku kerja. Orang beraya di kampung, aku memeningkan kepala aku di KL. Eh, kau tolong kirimkan salam aku dekat deorang semua ye. Aku mungkin akan balik tiga atau empat hari lagi."
"Insya-ALLAH, aku akan sampaikan. Kau nak wish kan apa dekat Lily?"
"Em, tell her, I love you."
"I love you? Kau patutnya kata macam tu dekat mamat single. Ni kau wishkan kat minah yang nak kawin dah pulak."
"Minah? Wah, sesedap rasa mulut kau je ye! Okey la tu, dia kan kawan aku. Biar pun dia tu perempuan, tak semestinya aku kata macam tu dekat dia bermaksud aku suka dekat dia, tak bermaksud aku ni lesbian. Faham? Dah la, aku call kau balik nanti. Aku nak ambil wudhuk sekejap. Nak sembahyang. Kirim salam dekat mereka semua tau, jangan lupa! Assalamualaikum and miss you." Setelah salamku dijawab, aku terus keluar dari bilik untuk mengambil wudhuk. Ketika aku berjalan di hadapan pintu bilik tidur Daniel, tiba-tiba aku mendapat satu akal. Hehe... Siap lah kau!

"Good morning guys! Happy nampak hari ini mama. Ada apa-apa ke ni?" Daniel yang sedang bersandar di pintu bilik sambil bermain telefon bimbitnya menyapa. Wah... Nasib baik dia pakai yang tu. Baru la plan aku menjadi! Isk... Isk... Isk... Dia ni mesti kalau nak buat apa-apa, tak pernah nak check!
"Morning, honey! Biasa je. Mama nampak happy pun sebab Mama tak nak muka Mama berkedut. Danny ada apa-apa rancangan ke hari ni?"
"Rancangan? Tak ada la pulak Ma. Kenapa? Mama nak ajak Danny pergi mana-mana ke?"
"Yes! Mama nak ajak Danny pergi memancing hari ini.Nak?"
"Memancing? Tak nak la Mama. Nanti jadi macam ikan kering pulak duk berjemur sementara tunggu ikan makan umpan."
"Oi cik abang, nak jaga kulit ke? Mengalahkan orang perempuan! Tengok Dina tu, selalu sangat berjemur di tengah panas tapi kulit dia putih je." Aku menyindirnya dengan jelingan. Dia ni orang lelaki ke orang perempuan?
"Entah, tak hitam pun kulit Dina. Jom la Danny! Kita buat pertandingan memancing. Nak tak?" Daniel memandang aku. Aku memandang Dina dan Dina memandang Daniel. Eh, macam logo kitar semula la pulak.
"Okey, apa ganjaran untuk pemenang?"
"Aik? Nak hadiah ke? Eh, sorry ye cik abang. Pertandingan ni tak ada ganjaran. Nak hadiah je yang dia tau!" Dina mencebikkan mukanya. Meluat la tu. Aku pun naik meluat dengan dia. Mengada betul!
"Okey la. Tapi sebelum tu, I want to take my breakfast dulu." Semasa Daniel berjalan ke arah dapur, Eryna ketawa dan disusuli Uncle dan Auntie. Bila aku menoleh ke arah dia, aku pun turut ketawa! Tak sangka ya, besar jugak!
"Along, tak cukup lagi ke Along gunting di lutut tu? Dekat belakang pun nak buat jugak ke?" Ketawa Eryna makin galak apabila Daniel mengerutkan dahinya.
"Dear Daniel, apa yang dimaksudkan oleh Eryna is, your jean berlubang! Cuba tengok di belakang kalau tak percaya!" Ketawa Dina juga kian galak. Nasib baik aku tak bagi tahu aku yang buat. Kalau korang nak tahu, semalam aku curi seluar dia yang tergantung di hanger. Aku bawa masuk seluar dia dalam bilik aku kemudian aku letak seterika yang sedang panas di atas seluar dia sampai la berlubang! Hehehe... Di luar kawalan aku la Daniel. Jangan marah ye...
"Mak ai! Macam mana boleh berlubang ni?" Daniel menutup lubang yang ku 'bina' dengan telapak tangannya. Kesian kau Daniel. Muka dah merah menahan malu! Tu la, siapa suruh kau buat aku malu semalam! Huh, kejamnya aku!
"Hahaha! Nasib baik la ada seluar fit abang yang menjadi sempadan. Kalau tak, seksa abang!" Eryna masuk ke dalam biliknya diiringi ketawanya yang masih belum reda. Sakan sungguh dia!
Daniel memandang ke arah ku. Aik, kenapa tengok aku pulak? Tak reti nak salin ke? Rimas jugak aku dengan pandangan dia. Seolah-olah dia tahu, seluar dia berlubang adalah aku punya angkara. Ah, kisah apa aku! Kalau dia nak marahkan aku, aku tak kisah la.

Sepanjang kami memancing tadi, Daniel masih dengan sikap periangnya. Kejadian pagi tadi tak menjadi penghalang kepadanya untuk berseronok. Namun, dia sedikit pun tidak menegurku. Dia marahkan aku ke? Tapi, mana dia tahu aku yang bina lubang di seluar dia? Ah! Soalan demi soalan menerpa fikiran aku! Pandangan dia tadi seolah-olah nak menelan aku. Seram aku dibuatnya!
Suasana yang sunyi malam ni makin membuat aku lemah semangat. Aku melihat jam yang tergantung di dinding ruang tamu. Dah pukul 1.23 pagi namun, mata aku masih belum mengantuk. Daniel punya pasal la ni! Haih, dia jugak yang aku persalahkan. Ketika aku berjalan di hadapan pintu bilik Daniel untuk ke bilik aku, tiba-tiba ada seseorang menekup mulutku dan menarik badanku. Ketika ini, skill mempertahankan diri tak dapat aku ‘persembahkan’ akibat terlalu takut. Kemudian, semuanya gelap. Namun aku masih boleh mendengar nafasnya. Tangannya yang menekup mulutku dan memegang pinggangku dilerainya. Dan ketika ini lah sebiji penumbuk aku hadiahkan kepada orang itu. Walaupun aku berada di dalam ruang yang gelap gelita, namun tumbukkan aku tepat pada sasarannya. Aku terdengar keluhan kecilnya yang sedang menahan kesakitan. Macam Daniel je tu?
“Daniel, is... is that... you?” Kataku dengan suara yang tersekat-sekat. Bimbang juga aku kalau bukan Daniel yang bersamaku.
“Yes..., it’s... me... Kuat jugak pe... penumbuk you tu...” Mendengar saja suara dan pengakuannya membuatkan air mataku mengalir. Perasaan gembira dan sedih menyelubungi aku.
“Kenapa awak buat macam ni kat saya? Saya takut tau tak! Saya ingatkan pencuri masuk dalam rumah! Lain kali kalau awak nak panggil saya, nak cakap dengan saya jangan buat macam ni lagi dah!” Aku menangis teresak-esak. Tiba-tiba aku dapat rasakan kehangatan pelukan Daniel. Tangan kirinya membuka suis lampu manakala tangan kanannya merangkul pinggangku dengan erat. Di luar kesedaranku, aku membalas pelukannya. Aku menangis di dalam dakapannya tanpa rasa segan silu. Begitu murah tangisanku pada saat itu. Lebih kurang seminit dua aku menangis di dalam pelukannya, terlerai jua pelukan yang kejap itu. Aku menundukkan mukaku pabila dia merenungku. Kenapa aku boleh gelisah? Selama ni, tak pernah sekali pun aku rasa perasaan sebegini apabila lelaki lain merenungku. Aneh dan menyeramkan...
“Sorry...” Kataku perlahan tanpa memandangnya.
“It’s okay. It’s my fault. Sebenarnya, saya nak cakap sikit dengan Isya. I just afraid that you don’t want to talk with me. It’s about...,” dia berhenti sebentar lalu memandangku tepat. “...you!” Ah! Pasti lah dia mahu bercakap mengenaiku kerana aku yang membuat seluarnya berlubang. Tapi..., macam mana dia tau?
“About me? About what?”
“Sebenarnya, saya nak tahu something...”
“Is it about... last night?” Aku menyoalnya dengan perasaan yang berdebar-debar. Renungan matanya membuatkan aku gelisah. Oh, jangan la pandang aku macam tu. Tak selesa tau tak!
“Yes! Betul ke Isya? Betul ke yang you...”
“Yes! Memang! Memang I yang buat! But masa tu I tak fikir panjang. Tak pernah terfikir perasaan you. I just think that I want to get revenge on you! I know it’s nonsense because I nak balas dendam untuk perkara kecil but I...” Dia meletakkan jari telunjuknya di bibirku. Aku terdiam seketika.
“What are you talking about? Kenapa gelisah sangat ni? I bukan nak makan you.”
“You tak marahkan I? About your jeans?”
“My jeans? Oh honey, it’s not about that.”
“Not about that? Is it mean that you don’t know that I lah yang bina lubang pada seluar you tu?”
“No... I tahu you yang buat seluar I jadi macam tu. Sebab I tak tidur lagi waktu tu. I just pretend to sleep. Saja tak nak rosakkan plan nakal you tu.” Dia tersenyum nakal. Jadi, kejadian tadi pun dia sengaja la? Rasa bersalah la pulak. Tak sangka dia sanggup memalukan dirinya hanya untuk menjayakan plan jahat aku!
“Sorry about that...”Aku menundukkan muka sekali lagi. Tak sanggup untuk aku memandangnya.
“It’s okay. I tak marah. Actually, I want to ask you something. Can you be honest to me?”Matanya memandang tepat ke dalam anak mataku. Tiba-tiba, aku berasa lain macam. Oh TUHAN, perasaan apakah ini?