Bab 2

"Hey sweetheart, lama tak jumpa. You sihat Aina? Macam mana kampung? Masih ingat I lagi tak? Or, you memang dah lupakan buah hati you ni?" Dia mengenyitkan mata kanannya. Aku terpana seketika. Macam pernah nampak la. Muka dia, kata-kata dia, sweetheart? Ah? Takkanlah...
"Daniel? You.., Danish Daniel ke? Yang tinggal di New York sejak kecil tu?" Dia ketawa. Apa gila ke lelaki ni? Orang tanya, dia ketawa. Tapi, aku yakin yang dia ni Daniel!
"I ingatkan you dah lupakan I. Iyela, dulu kan you and I sweet couple di kampung. Tapi bila I pergi NY, kita tak berhubung lagi dah. And I guess you mesti dah ada boyfriend dah kan?" Dia tersenyum nakal. Oww... Betul la tekaan aku...
"Hek eleh... Tu masa kita kecik dulu. Orang panggil kita sweet couple pun sebab kita rapat dulu. Em, boyfriend eh? Ada! I ada ex-boyfriend!" Aku terus menatap fail di tanganku. Bencinya cakap pasal boyfriend!
"Ex? Macam mana boleh jadi ex sayang? You ke dia yang cari pasal?" Aku memandang ke arahnya kembali. Amboi... Dah lah duduk tak minta kebenaran, pastu boleh pulak dia letak kaki di atas meja aku. Kurang garam betul!
"Apa sayang-sayang? Kalau dulu boleh la you call I sayang sebab I kecik lagi. Tapi sekarang, I dah besar la. And for your information, mamat karat tu yang buat hal eh, bukan I! And, oh ya! Kalau you nak keluar dengan kedua-dua belah kaki you, turunkan kaki you dari meja tu. Or not, you keluar tanpa kaki you lah!"
"Uish! Garangnya my sweetheart ni. Ye la. I know la yang you belajar seni mempertahankan diri. Tak payah la sampai nak patahkan kaki I. And, no wonder la dia buat hal. Sebab ada girl yang garang macam you. Hehehe..." Dia senyum lagi sambil mencapai majalah yang ada di atas coffee table. Kalau lah dia bukan anak kawan baik arwah Mama, dah lama aku patah-patahkan kedua-dua kaki dia. Tak guna betul! Dari dulu, suka sungguh cari pasal dengan aku!
"You balik ni Opah I tahu ke belum? Balik dengan siapa?" Aku sengaja ubah topik. Malas lah bergaduh dengan dia.
"Wah, I ingat kan you dah tak care pasal I. Em, Opah tak tau lagi. I baru sampai semalam. I balik dengan my family la. Deorang ada kat rumah sekarang. Tengah rest. Irdina sorang je yang tahu I balik dah. Sebab tu la I tahu your office. And for your information my dear, Opah you, Opah I jugak. Walaupun I ni cuma menumpang kasih, tapi dia dah macam family I tau. Well, I kena balik dulu la. I nak temankan Eryna gi shopping. Biasalah, orang perempuan katakan." Dia terus keluar setelah menghabiskan bicaranya. Aku perasan, dia sebut perkataan 'menumpang kasih' kuat sikit, kan? Aik? Takkan dia terasa kot? Aku mengalih pandanganku ke arah coffee table. Ada kad kecil la kat situ. Mesti kad dia ni...

********************************************************************************

Cantik sungguh pemandangan di kampung. Hampir 2 bulan aku tak pulang. Semalam, aku tiba di kampung lebih kurang jam 7.30 petang kelmarin. Kepulangan aku disambut oleh Opah dan Dina. Opah marah aku tau. Opah kata aku tak telefon dia dulu, kalau tak boleh la Opah masak makanan kegemaran aku. Em, betul jugak kata Opah. Kalau aku call dulu, boleh lah aku makan terus. Tapi, aku tak kisah. Sebab aku tak nak la menyusahkan Opah.
"Apa yang Aina termenungkan tu? Dah senja dah ni. Sembahyang asar dah ke?" Opah meletak dulang di atas meja. Dulu, kalau waktu petang kita orang memang akan minum petang di sini. Di bawah pokok jambu yang rendang ni, Opah sediakan 1 meja bulat sederhana besar dan 8 kerusi kayu untuk minum petang.
"Tak ada apa la Opah. Aina cuma nak lepaskan rindu. Yelah, dah lama Aina tak balik, kan. Oh ya, Dina mana eh Opah? Keluar rumah awal pagi, tapi balik rumah lewat. Dia ke mana?" Aku hairan jugak dengan budak ni. Dia pergi ke sawah ke?
"Dina pergi jaga kedai. Minggu ni giliran dia jaga kedai tu. Lagipun, Opah buka kedai dari pukul 8.00 pagi sampai 7.00 petang, sebab tu la dia balik lewat sikit. Nah, habiskan semua ni. Tak da siapa pun nak makan dah japgi." Opah masuk ke dalam setelah meletakkan secawan teh dan sepinggan pisang goreng di atas meja. Aik? Ni semua untuk aku ke? Banyak ni!
"Terima kasih, Opah! Macam tau-tau je Aina nak makan pisang goreng dengan karipap!" Aku menyambar pisang goreng yang masih panas. Sedapnya... Lama dah aku tak makan kuih-muih yang Opah buat. Opah memang the best!


********************************************************************************

Aku memandang ke arah Opah yang dari tadi khusyuk melipat pakaian sambil menonton berita. Kemudian, aku memandang ke arah Irdina yang sedang membaca surat khabar di sebelah Opah. Agaknya, Opah dah tahu ke belum?
"Em, Opah. Aina nak tanya sikit ni. Ada tak Opah terima berita gembira baru-baru ni?" Aku tidak mahu menyentuh mengenai Daniel lagi.
"Berita gembira? Tak ada la pulak. Kenapa Aina? Ada ke berita gembira yang Opah tak tau lagi?" Mata aku dan mata Irdina bertembung. Dia senyum lalu meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Aik? Kenapa tak nak bagi tahu Opah pulak? Kenapa nak berahsia?
"Tak, macam ni Opah. Aina..."
"Assalamualaikum! Ada orang tak? Tak jawab dosa!" Sekali lagi aku dan Irdina berpandangan. Macam suara Daniel je. YA ALLAH! Harap-harap bukan dia!
"Wa'alaikumusalam. Sapa pulak yang datang tu? Pergi bukak pintu jap Aina. Opah nak simpan baju ni jap." Aku akur dan berlalu ke arah pintu. Sebaik saja aku buka pintu, makhluk ALLAH di depan aku tersenyum macam kerang busuk! Huh... Agak dah. Mesti muka ni!
"Eh, hai sweetheart. Opah ada? Er, tak nak jemput I masuk ke?" Aku tengok di sebelahnya ada dua bagasi. Mamat ni nak pindah ke sini ke?
"Siapa tu Aina? Eh, anak ni nak cari sapa?"
"Eh, Opah. Opah sihat? Daniel nak cari Opah la, dengan cucu Opah yang cun ni." Daniel mengenyitkan matanya. Budak ni la. Nasib baik la gelap sikit malam ni sebab mentol lampu rosak, kalau tak mesti Opah usik aku tak henti-henti.
"Daniel? Eh, Daniel yang mana ya?" Aku tengok Opah menggaru-garu kepalanya.
"Sampai hati Opah tak ingat kat saya. Saya ni Danish Daniel Bin Hafizi la Opah. Cucu Opah yang cun melecun ni pun cam saya tau!" Daniel mencebikkan mukanya. Tiba-tiba Opah ketawa. Mungkin dia sudah ingat siapa Daniel. Err, mungkinkah?
"Opah ingat la Danny! Mata kamu yang dari dulu suka kenyitkan untuk Aina.., tu yang ingatkan Opah pada kamu. Lagi satu, kalau dah dia cun, kenapa tak nak masuk meminang ja?" Dan pada saat ini, aku rasa mukaku sudah membahang! Ada ke patut Opah kata macam tu? Iee, tak nak lah saya Opah!
"Ow... Hehe... Ingatkan Opah dah lupakan saya. Eh, memang la saya nak masuk meminang Aina, tapi sebelum tu, biar la saya masuk rumah dulu Opah" Daniel tersengeh macam biasa. Teramatlah buruk! Em, mungkin dia gembira kerana Opah seakan mahu menjodohkan aku dengannya. Aku? Dia? Kawin? Jangan harap!
"Ala... Lupa pulak. Jemput masuk Danny. Aina ni, dari tadi kamu diam ja, terkejut sangat ke tengok Si Danny sampai suara pun tak boleh keluar?" Opah ketawa, Daniel tersengeh. Syok la tu!
"Eh, tak de la Opah. Aina cuma hairan, kenapalah dia asyik tersengeh dari tadi sedangkan muka dia dah lah tak hensem langsung! Dah lah, Aina nak masuk. Boring la asyik tengok muka Si Kerang Busuk ni!" Huh! Asyik sengeh je!


********************************************************************************


Ikan keli sudah selesai aku goreng! Kini, cuma tinggal gulai daging yang sudah hampir siap dimasak. Pagi tadi, aku bangun awal. Jadi, aku ambil kesempatan untuk berjogging! Lama betul aku tak berjogging di kampung. Biasalah, sibuk dengan kerja di bandar. Tapi yang aku tak duga sama sekali, Si Kerang Busuk pun bangun awal dan dah bersedia untuk pergi berjogging satu kampung! Aduh... Masalah betullah dia ni!

"Hai sweetheart. Awal bangun? Nak jogging sekali dengan I ke?" Ish mamat ni! Sikit-skit, sweetheart!
"Kenapa? Salah ke I nak bangun awal?" Aku menjelingnya dan terus keluar.
Suasana di kampung cukup indah, terutama sekali di waktu senja. Waktu aku kecik-kecik dulu, aku selalu menunggang basikal dengan Dina. Disebabkan Daniel tak pandai bawa basikal, aku la yang terpaksa membonceng dia. Kurang garam betul! Dah la berat, tak reti duduk diam pulak tu! Oh, rindunya zaman kanak-kanak!
Gedebuk!! "Adui... Hoi, apa yang halang jalan orang, ah?!" Ergh, sakit hati betul!
"Hey, you berangan apa ah sampaikan tak nampak I kat depan ni? Kaki bergerak, tapi fikiran entah melayang ke mana. Sampaikan I yang handsome lagi menawan kat depan pun tak nampak. Nasib baik you tak jatuh dalam parit! Kalau tak, I ketawakan you!" Daniel ketawa sambil pegang perutnya. Huh! Ingat lawak sangat ke?
"Hey, you jangan cakap macam tu! Nanti you yang jatuh, padan muka!"
"Oh yea? Takkan punya la! Haha!"
"Amboi! Berlagak eh! You siap la!" Aku terus mengejarnya! Dia pun apa lagi, terkedek-kedek la lari daripada aku! Haha, macam itik! Lari terkedek-kedek, sampai aku berjaya tolak dia sampai jatuh ke parit! Hahaha! Amik kau! Padan muka! Huh, kejamnya aku.


"Hah!"
"Ahhhh!" Aku mengurut dadaku. Pergh! Kurang garam betul la mamat ni! Aku cekik japgi kot!
"You ni kenapa ah? Bukannya nak bagi salam, main sergah orang je! Ingat I ni burung gagak macam kat bendang ke ah?!"
"Ops! Patik mohon beribu ampun, Tuan Puteri Aina Batrisya. Ehem, assalamualaikum Tuan Puteri. Tak jawab dosa,..."
"Wa'alaikumusalam!"
"Err, I tak habis cakap lagi la. Kalau jawab, tanda sayang!" Uh? Ish, tengok tu! Memang tabiat dia ke ah? Asyik kenyitkan mata je! Ada penyakit ke?
"You ni ada penyakit mata ke ah? Asyik kenyit mata kat I je!"
"Habis tu I nak buat apa? Tak kan nak peluk you kot? Nanti tak pasal-pasal lima jari lekat di pipi I." Dia ketawa perlahan. Huh, pedulikan mamat tak siuman ni.
"Erm, you masak apa ni? Mesti special for me kan?"
"Yup! Special for you only! Nak tau I masak apa? I tengah masak gulai mata! Mata you la yang I nak ambil!" Geramnya! Tak nampak ke aku tengah masak apa ni? Gulai daging la!
"Fuh! Mata I tu! Tapi, you tak korek lagi mata I! Bila nak siap?" Ewah! Dia loyar buruk pulak ye. Takpe, kau tunggu!
"Eh, you nak buat apa ni?" Keningnya bertemu. Dahi berkerut and yang paling aku suka, muka takut! Haha! Nak tau kenapa? Sebab aku berjalan perlahan-lahan ke arah dia sambil pegang pisau di tangan! Hehe...
"La... I nak korek mata you la. Nanti lambat pulak gulai ni nak siap, tak gitu?"
"Eh, I gurau je la! You jangan serius sangat! I... I nak cabut dulu lah!" Dia berlari ke luar rumah. Fuh, macam lari marathon tu! Aku ketawa melihat sikap dia yang kebudak-budakan. Nasib baik Dina di gerai dan Opah di rumah jiran. Kalau tak, gerenti mereka mengusik aku!
Danish Daniel... Mengenangkan sikap dia yang sentiasa ceria membuatkan aku tak jemu meniti kehidupan ini... Eh, wait! Apa yang aku merapu ni??

No comments:

Post a Comment