"Mama... Mama bangun la... Jangan tinggalkan Aina sendirian Mama... Aina dah tak ada sesiapa lagi..." Sesekali aku mengelap air mataku yang mengalir tanpa henti. Betapa sedihnya hati ku melihat sekujur tubuh Mama terbaring layu di atas tikar mengkuang di kampung. Dulu, Atuk, Papa dan Haikal, satu-satunya adik yang aku ada pergi tinggalkan aku dan Mama. Dan sekarang, Mama pula meninggalkan aku sendirian...
"Sudah la tu Aina. Opah sedih tengok Aina macam ni. Aina kan ada Opah. Ada Mak Usu, Pak Usu dan ada Irdina. Jangan ditangisi pemergian orang, sayang. Itu takdir ALLAH. Kita kena terima qada' dan qadarNYA." Aku hanya memandang sepi ke arah Opah. Ya... Aku kena terima qada' dan qadarNYA dengan pemergian Mama tetapi pemergian ini terlalu sukar untukku terima... Ku kucup dahi Mama buat kali yang terakhir. Ku tatap wajah Mama yang pucat. Baru saja semalam aku bergurau senda dengan Mama. Betapa cepatnya TUHAN mengambil Mama dari aku. Tiada lagi orang yang akan kukongsi suka dan duka di muka bumi ini. Mama... Walaupun Aina masih berumur 11 tahun, Aina akan kuatkan semangat untuk capai cita-cita Aina, Mama... Aina akan buka sebuah syarikat minyak wangi yang kita impikan. Aina akan tunaikan janji-janji Aina, Mama...
Aku membiarkan beberapa orang lelaki mengusung tubuh kaku Mama... Kuiringi pemergian Mama dengan Al-Fatihah dan tangisan air mata. Opah ditepiku hanya memelukku sambil membaca ayat-ayat suci dari kitab Al-Quran. Irdina yang sebaya denganku pula hanya memandang sepi ke luar jendela. Aku tahu apa yang dia rasakan kerana dia juga rapat dengan arwah Mama... Orang kampung yang sudi mengunjung dan membaca Yassin untuk Mama sudah mahu beredar. Sesekali aku dengar ucapan takziah kepada Opah. Opah hanya menggangguk tanpa bicara. Mama... Kenapa mama tinggalkan kami, Ma? Kenapa Mama?
"Mari sayang. Kita pergi ke kubur. Jangan nangis lagi ye? Nanti Opah belikan Aina kuih lapis ye? Kita buka puasa dengan kuih lapis." Aku hanya senyum dan menggangguk lemah. Lagi dua minggu, kami akan menyambut kedatangan Syawal. Raya tahun ni akan menjadi hari raya yang paling menyedihkan untuk aku...
cerita ni ..er..aduii..ampa buat sendri ain? ;'(
ReplyDeleteyela... napa?
ReplyDeletehmm..tkda pa..:'( pndai la ampa buat citer..lepastu suka wt citer sedih2 lak tu!
ReplyDeletebtw makin cantek blog ampa! 60%!
ow... tq2... ngee...
ReplyDelete